Wednesday 18 April 2012

Kerajaan 'sembelih diri' jika bentang RUU GST


 Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas dikatakan sidang terakhir sebelum PRU ke-13, dan esok adalah hari terakhir pembentangan dan perbahasan rang undang-undang.
Bagaimanapun sebanyak sembilan rang undang-undang masih belum dibahaskan lagi, di mana antara rang undang-undang tersebut akan menjadi perhatian umum.
Rang undang-undang berkenaan yang dijangka menjadi perbahasan hangat termasuklah Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, rang undang-undang kesalahan pilihan raya dan rang undang-undang institusi-institusi pelajaran (tatatertib) pindaan 2012.
Kesemua sembilan rang undang- undang berkenaan dijangka akan dibahaskan dan diluluskan esok hari.
Namun, untuk rang undang-undang yang terakhir iaitu rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat bantahan rakyat dijangka tidak akan dibentang di dewan esok.
Perbahasan rang undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 berlangsung sehingga dewan ditangguhkan jam 10.30 malam ini.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, rang undang-undang GST tidak akan dibentang sebelum PRU ke-13 berlaku walaupun rang undang-undang itu disenaraikan dan bakal dibahaskan esok.

"Kerajaan tidak akan bentang rang undang-undang GST, kalau dia bentang umpama sembelih diri sendiri," katanya ketika ditemui.

No comments:

Post a Comment