Wednesday 11 April 2012

Bahasa Melayu Pada zaman Nabi Isa





Baru-baru ini saya menghadiri sesi penerangan di tempat saya yang disampaikan oleh
bekasa pengarah dewan bahasa dan pustaka negara. Dan sekarang beliau merupakan
setia usaha Agong Gerakan Mansukan PPSMI.Hujahnya cukup bernas sekali, dan terpancar
diwajahnya dan antonansi suaranya yang bergitu sayang akan bahasanya.

Kata beliau, bahasa melayu haruslah diutamakan kerana bahasa indah ini mempunyai sejarah
yang tersendiri yang ramai tidak mengetahuinya. Katanya,sebenarnya bahasa melayu telah
wujud pada abab
ke-7 lagi, iaitu sezaman dengan nabi Isa a.s, dan bahasa inggeris hanya wujud pada abab yang ke-9 yang mana bahasa ini telah dikembangkan di Britain.

Bahasa melayu ketika itu digunakan secara meluasa di Aceh, Palembang dan seluruh nusantara.
Kerajaan Melaka ketika itu pun mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Perdagangan, bermakna
semua para perdagang daripada china, arab, india dan negara lain terpaksa bertututr dalam bahasa
melayu.Nah, kita dapat tengok sendiri bergitu megahnya bahasa Melayu ketika itu kerana digunakan
secara meluasa sekali.

Katanya lagi PPSMI haruslah dimansuhkan kerana setiap tahun pelajar yang gagal dalam peperiksaan
menjangkau 300000 orang. Ini amat menyedihkan kerana mereka mungkin akan terkandas untuk
belajar keperingkat yang lebih tinggi, dan peluang mereka yang sepatutnya boleh mendapat c
dalam subjek tertentu terus gagal disebabkan penggunaan bahasa inggeris.

Sebenarnya negara-negara maju di dunia ini mereka menggunakan bahasa ibunda dalam sistem pembelajaran mereka. Antara 40 negara yangtermaju di dunia, hanya lapan buah negara sahaja yang menggunakan bahasa inggeris. Antaranya ialah, Britain, Kanada, New Zealand, Singapore,Australia, Amerika.

Katanya lagi semasa cadangan untuk memperkenalkan PPSMI dalam sistem pembelajaran di sekolah, cadangan initelah pun dibantah oleh 60 orang para intelek yang terdiri daripada professor yang berkelulusan dalam bidangsains. Tapi rayuan untuk tidak melaksanakannya ditolak mentah-mentah, katanya lagi, cuba anda bandingkan siapakah yanglagi bijak antara 60 orang professor atau orang individu yang mencadangkan sistem ini.?

Malah katanya, projek ini tetap dilaksanakan oleh sebab tujuan tertentu yang menguntungkan dari aspek kewanganorang tertentu.Jadi bahasa melayu haruslah di pertahankan demi untuk anak-anak kita supaya tidak terus gagal dalam pelajaran. Dan tidak ada gunanya jika belajar dalam bahasa lain tetapi pemahamannya tiada terhadap sesuatu pelajaran.

Kita kenalah mempertahankan bahasa melayu, dan naikan kegemilangannya seperti dahulu kala,kata-katanya yang agak berkait dengan pencinta bahasa dalam ucapanya ialah " orang yang sayangkan bangsanya, maka dia akan sayangbahasanya, dan orangyang sayang akan bahasanya, maka dia akan sayang bangsanya.

No comments:

Post a Comment