Monday 9 April 2012

Pusat Asuhan Di Tempat Kerja




Baru-baru ini isu mengenai ammah Indonesia yang akan diberhentikan penghantarannya
oleh pihak kerajaan Indonesia telah menyebabkan ibubapa menjadi serba bermasalah,
terutamanya dalam hal penjagaan anak.

Ada pihak yang menjacadangkan tempat asuhan diwujudkan di tempat kerja masing-masing.
Jadi apakah yang menjadi masalah sebenarnya yang menyebabakan Persatuan Majikan-Majikan
Malaysia (MEF) menolak untuk berbuat demikian.?

Antara alasan yang diberi untuk menolak usaha ini adalah kerana, mereka melihat
walaupun usaha ini bertujuan untuk membawa kebaikan tetapi ia kurang tepat.
Ini kerana kalau dilihat kepada demografi pekerja di mana-mana tempat kerja,
pada awal penubuhan syarikat mungkin ramai pekerja yang masih muda dan mempunyai
ramai anak yang masih kecil serta memerlukan penjagaan. Tetapi apabila syarikat semakin
berkembang, pekerja ini semakin meningkat umur, anak-anak mereka turut meningkat usia
dan tak perlu dihantar ke pusat asuahan lagi. Oleh itu apa akan terjadi kepada pusat
asuhan berkenaan.?

Selain itu juga, kawasan tempat kerja adalah tidak sesuai untuk perkembangan anak
selain kemungkinana akan menjejaskan disiplin dan kualiti kerja pekerja yang menghantar
anak-anak ke pusat asuhan di tempat kerja. Malah kemungkinan juga menyebabkan ramai pekerja
menggunakan banyak masa untuk melihat anak mereka yang ditinggalkan.

Sebenarnya cadangan ini sudah pun dilaksanakan pada akhir 80-an hingga akhir awal 90-an, dan
diangarkan lebuh kurang 80 buah syarikat telah pun menyediakan pusat asuhan kanak-kanak
ditempat kerja. Tetapi data yang dikeluarkan jumlah itu berkurangan dan hanyan 30 syarikat
sahaja yang masih aktif laksanakannya.

Kebanyakan daripada 30 buah syarikat yang masih aktif itu adalah syarikat yang mempunyai
hubungan dengan kerajaan (GLC), dan jumlah penglibatan syarikat-syarikat swasta kecil adalah
kerana ia tidak bertepatan malah tidak boleh dilakukan.

Tambahan pula kos untuk mengadakan pusat asuhan tidaklah semurah yang disangkakan,
malah amat tinggi sekali.Kalau kita lihat syariat GLC yang telah diberikan insentif RM50,000
pun tidak ramai yang ingin melaksanakannya, apatah lagi syarikat swasta yang tidak mendapat
insentif langsung daripada mana-mana pihak.Walaupun syarikat swasta diberikan kemudahan
penolakkan cukai berganda namum ia masih merugikan sebanarnya.

No comments:

Post a Comment