Saturday 14 April 2012

KUALA LUMPUR, 14 April: Dasar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencekik darah mahasiswa hari ini wajar dimansuhkan dan diganti dengan skim yang menawarkan pendidikan percuma.

Memberi pendidikan percuma,  adalah sebagaimana ditegaskan dalam konsep Negara Berkebajikan.

Tambahnya, melalui Konsep Negara Berkebajikan  ada formula bagaimana kaedah pemansuhan PTPTN akan menjadi kenyataan.

Katanya, setiap rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, dan ia boleh diberi percuma sekiranya urustadbir kewangan negara dilakukan dengan telus dan berhemah. 

"Memberi pendidikan percuma kepada rakyat, sekali gus kerajaan mengangkat bebanan rakyat. Pada waktu itu mereka tidak perlu serah leher kepada PTPTN berbeza dengan hari ini rakyat terpaksa pinjam PTPTN," katanya dalam sidang media.

Pendidikan percuma boleh diberi kepada setiap rakyat negara ini jika sumber hasil negara boleh dijana dengan baik kemudian disalurkan kepada pendidikan negara. 

"Negara sebenarnya ada dana, malangnya dana itu dilalirkan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Andai dana ini diuruskan dengan baik percayalah kita dapat menjaga perolehan negara, apatah lagi memberi pendidikan percuma," katanya. 

Isu PTPTN perlu ditangani dengan segera memandangkan ia berkait dengan masa depan anak muda yang terus dibenani dengan hutang walaupun setelah tamat pengajian.

Kadar faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa, dari hutang RM20,000 meningkat RM30,000 tidak ubah seperti along memburu peminjam-peminjam.selain itu juga sistem di dalam PTPTN disifatkannya mempunyai unsur-unsur perniagaan. 

Selain itu rakyat perlu mengubah mentaliti kerajaan supaya jangan hanya mementingkan keuntungan sehinggakan sanggup perniagakan sistem pendidikan.

"Sebagai contoh, dulu orang tidak ramai menggunakan perkhidmatan penerbangan kerana tiket MAS mahal, tetapi hari ini semua orang boleh terbang sebab ada Air Asia. Mentaliti mahukan setiap orang boleh terbang.

Jadi mentaliti kerajaan perlu diubah, jika kerajaan mahukan setiap orang dapat pendidikan, dia boleh bagi pendidikan percuma.

No comments:

Post a Comment