Monday 9 April 2012

Mansukan PTPTN



Isu mengenai PTPTN semakin hari semakin hangat dibincangnkan, ada yang setuju untuk dimasukan
dan ada juga sesetengah pihak yang masih berkeras untuk teruskan skim pinjaman ini.

Kita sebagai peminjam dan juga orang yang bertangungjawab keatas anak-anak yang meminjam pernah
atau tidak terfikir yang pinjaman ini sebanarnya memberi banyak masalah berbanding dengan kelebihan
di hari esok nanti. Terutama bagi mahasiswa yang akan tamat belajar di mana-mana IPT atau IPTA

Mari kita cuba rungkai, adakah pemansuhan ini perlu.? dan kenapa kita kena menyokong usaha ini.?
sebenarnya kita sebagai rakyat malaysia mempunyai hak untuk mendapat pendidikan secara percuma,
rawatan dan sebagainya, mugkin ramai yang masih tidak tahu hasil pendapatan negara secara tahunan
yang memcecah beratus-ratus bilion ringgit malah lebih daripada itu.

Jika duit itu boleh dibelanja secara boros, rasuah, dan banyak lagi, jadi apa salahnya jika duit itu
dibelanjakan untuk kepentingan rakyat sendiri. Untuk maklumat sekalian,nagara-negara di eropah
kebanyakannya memberikan pendidikan percuma sahaja. Di German mereka mampu melakukannya,
dan tak usah jauh-jauh sangat, Turki pun mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka.

Sebenarnya sudah banyak pihak yang telah membuat kira-kira untuk menampung kos pendidikan ini,
hasil menunjukan yang kerajaan mampu untuk memberi secara percuma daripada peringkat bawah hinggalah
ke peringkat tinggi.

Cuba bayangkan apa akan terjadi jika peminjam tidak dapat membayar duit itu..!! maka ancaman yang
dikenakan ialah menyenarai hitamkan si peminjam untuk keluar negara. Jadi macam mana dengan rancangan
si dia untuk ke mengejarkan umrah ataupun Haji suatu hari nanti. Takkanlah hanya bertawaf di hadapan masjid
sahaja, itu hanyalah kursus. Jadi terang-terang PTPTN ini dan tindakan
yang dikenakan adalah seperti menghukum aset negara sendiri.

Sebagai orang yang memerintah, mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara. Bedasarkan kekuatan ekonomi yang sedia ada dengan keuntungan petronas, pelaburan,
pendapatan cukai tahunan, hasil balak dan banyak lagi, jadi tiada alasan untuk dilaksanakannya.

Jika kerajaan mampu untuk menghapuskan kira pinjaman korporat yang berjuta-juta ringgit
mengapa tidak meghapuskan pinjaman PTPTN. Kita pelajar, tidak berkerja pun lagi, malah ada yang ,masih
terkapai-kapai mencari kerja, maka adalah patut untuk meringankan beban yang dikendung berbanding
dengan ahli korprat yang sudah pun mempunyai berjuta-juta ringgit didalam akaun simpanan mereka.
Kasihanilah aset negara untuk masa depan Malayasia. Rakyat didahulukan.

No comments:

Post a Comment