Wednesday, 18 April 2012

Rasa sedih dan ingin menangis bila melihat gambar ini...





Gambar ini adalah Gamba r Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!
...
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Tuesday, 17 April 2012

Wanita Sebenarnya Suka Di Rogol?



Wanita sebenarnya suka dirogol?
Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?
Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yang cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.
DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).
Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya,
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.
Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.
Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.
Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.
Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-
Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).
Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.
Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.
Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.
Moral of the story:
Pada kaum wanita:
Jangan naikkan nafsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai (ditujukan pada mereka yang bergaya ‘muslimah’ juga yang ‘free hair’), buruk padahnya.
Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas napsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini. 

Saturday, 14 April 2012

Tokoh Ulama Terkemuka Dunia Temasuk daripada Malaysia


Walaupun sering dihina dan difitnah oleh ahli dan masyarakat,
 namun kepimpinan beberapa tokoh telah diiktiraf dan diletakkan sebaris dengan Ulama’-ulama’ yang terkemukakan di seluruh dunia.
Antata Pimpinan yang disenaraikan ialah Mursyidul Am dan Timbalannya, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din. Mantan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tetapi dimana Ulama’-Ulama’ pemerintah Kenapa mereka tidak disenaraikan sebagai salah seorang tokoh Ulama’ yang terkemuka di dunia...?
Dimana tokoh-tokoh mereka seperti Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Tan Sri Harussani Zakaria, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Dato’ Dr Abdullah Md Zain, Dato’ Firdaus Ismail dan lain-lain.

carta universiti yang merosot

Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama




(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama..... Utusan-utusan)

 Masih ada akbar dilihat  tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Apalah nak jadi kalau badan yang bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat berbuat begitu.
Cara ini bukannya menanbah ilmu tetapi menghilangkan ilmu daripada otak kita sendiri.
Teringat pula satu kisah, iaitu imam besar kita bgi mazhaf syafi'e, beliau seorang yang tekun menuntut ilmu, dan apabila belajar kitab tidakl perlu bagi dia untuk mencatat tetapi dengan hanya ingat begitu sahaja ketika belajar. Masyallah dasyat nya.

Tetapi dia tewes dengan aurat wanita yang kasutnya terkoyak lalu ternampak tumit wanita tersebut.
Jadi sudah jadi begitu hilanglah ilmu atau dalam bahasa yang senang ilmu yang dipelajari oleh imam syafi'e tadi langsung lupa.

Nah, sekarang ni begini kah cara nak majukan negara, didik anak-anak.?
ada suara sumbang plak yang cakap zaman dahulu tidak moden, pirmitif, tetapi ingat mereka meoden dengan ilmu dan tamadun yang berjaya dari segi ilmu pengetahuan dan budi serta aklak yang perkerti.Tetapi sekarang apa dah jadi, semacam kembali semula pada zaman jahiliah semula.

Wahai penyebar maklumat sekalian, kalau nak cara makan sekalipun, atau anak dapatkan untung 
jangan lah sampai tidak menjaga kepentingan orang lain. Kerana mereka kita yang jadi mangsa sebabnya kita yang melanggan untuk dapatkan maklumat penting, dan dikesempatan itu lah mereka sajikan benda ini.
KUALA LUMPUR, 14 April: Dasar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencekik darah mahasiswa hari ini wajar dimansuhkan dan diganti dengan skim yang menawarkan pendidikan percuma.

Memberi pendidikan percuma,  adalah sebagaimana ditegaskan dalam konsep Negara Berkebajikan.

Tambahnya, melalui Konsep Negara Berkebajikan  ada formula bagaimana kaedah pemansuhan PTPTN akan menjadi kenyataan.

Katanya, setiap rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, dan ia boleh diberi percuma sekiranya urustadbir kewangan negara dilakukan dengan telus dan berhemah. 

"Memberi pendidikan percuma kepada rakyat, sekali gus kerajaan mengangkat bebanan rakyat. Pada waktu itu mereka tidak perlu serah leher kepada PTPTN berbeza dengan hari ini rakyat terpaksa pinjam PTPTN," katanya dalam sidang media.

Pendidikan percuma boleh diberi kepada setiap rakyat negara ini jika sumber hasil negara boleh dijana dengan baik kemudian disalurkan kepada pendidikan negara. 

"Negara sebenarnya ada dana, malangnya dana itu dilalirkan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Andai dana ini diuruskan dengan baik percayalah kita dapat menjaga perolehan negara, apatah lagi memberi pendidikan percuma," katanya. 

Isu PTPTN perlu ditangani dengan segera memandangkan ia berkait dengan masa depan anak muda yang terus dibenani dengan hutang walaupun setelah tamat pengajian.

Kadar faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa, dari hutang RM20,000 meningkat RM30,000 tidak ubah seperti along memburu peminjam-peminjam.selain itu juga sistem di dalam PTPTN disifatkannya mempunyai unsur-unsur perniagaan. 

Selain itu rakyat perlu mengubah mentaliti kerajaan supaya jangan hanya mementingkan keuntungan sehinggakan sanggup perniagakan sistem pendidikan.

"Sebagai contoh, dulu orang tidak ramai menggunakan perkhidmatan penerbangan kerana tiket MAS mahal, tetapi hari ini semua orang boleh terbang sebab ada Air Asia. Mentaliti mahukan setiap orang boleh terbang.

Jadi mentaliti kerajaan perlu diubah, jika kerajaan mahukan setiap orang dapat pendidikan, dia boleh bagi pendidikan percuma.

Mahasiswa Berhimpun Sehingga Suara Didengari



Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini.

Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo.
Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik  kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah.

Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka.

Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa.

Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi.

"Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN.  Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka.  Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini.  Kita kata kerajaan perlu diubah,  dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau.

Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka.

"Kita akan teruskan protes ini di sini.  Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes.  Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau.