Thursday, 12 April 2012

PTPTN Dibatalkan Jika.....




Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.

Kita sebenarnya kena tahu bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan

Masyallah Apa Sudah Jadi..!!





"Walaupun terdapat tekanan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihakkerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia," tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.”

Wajib baca dan faham teman-teman.
Sejarah telah mencatatkan bagaimana hebatnya gerakan dan aktivisme mahasiswa sekitar sekitar 60an sehingga 70an sebelum terciptanya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU)yang dicipta oleh

Wednesday, 11 April 2012

Bahasa Melayu Pada zaman Nabi Isa





Baru-baru ini saya menghadiri sesi penerangan di tempat saya yang disampaikan oleh
bekasa pengarah dewan bahasa dan pustaka negara. Dan sekarang beliau merupakan
setia usaha Agong Gerakan Mansukan PPSMI.Hujahnya cukup bernas sekali, dan terpancar
diwajahnya dan antonansi suaranya yang bergitu sayang akan bahasanya.

Kata beliau, bahasa melayu haruslah diutamakan kerana bahasa indah ini mempunyai sejarah
yang tersendiri yang ramai tidak mengetahuinya. Katanya,sebenarnya bahasa melayu telah

Negara Dalam Bahaya Kalau...




Negara kita Malaysia sebenarnya dalam bahaya apabila terdapat beberapa unsur dan cubaan
untuk meletakan Malaysia dalam situasi yang membimbangkan pada masa akan datang, seterusanyaakan memberi kesan kepada anak-anak cucu kita nanti.

Soal equiti, quata, hak perlindungan dan kelebihan sebagai bumiputra di negara ini mungkin akan
dinafikan suatu hari nanti. Nak tahu mengapa boleh jadi begini.? baru-baru ini salah seorang
daripada ahli parlimen telah mendedahkan tentang kewujudan Task Force. Tahu kan apa itu task force,?
ia merupakan salah satu badan yang bertanguungjawab untuk memberikan kerakyatan yang sah di negara
ini kepada mat-mat Indon, Bangla, Philiphin, Myanmar dan lain-lain lagi.

Kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dia menafikan pembabitannya dalam pegerakan
task forcr Mykad ini, yang bertanggungjawab untuk memberikan Ic kepada warga asing ini.
Mereka sebenarnya memegang taraf sebagai IMM 13, kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang diberikan
MyKad biru.

Jadi, kenapa begitu senang sangat untuk warga luar macam mereka ini mendaptkan status
PR,? sedangkan mereka hanyalah buruh sementara sahaja. Negara betul-betul dalam keadaan
yang membahayakan, tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi sebuah negara yang berpenduduk campuran.

Soalnya sekarang ialah mungkin terdapat motif disebalik isu ini, ada yang mengatakan supaya mereka boleh mengundipada pilihan raya nanti, dan ini pun boleh jadi kerana bedasarkan maklumat yang didedahkan terdapat 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang, dan yang dikesan di Sabah sebanyak 322000 orang warga asing yang layak mengundi. Mengapa negara kita tidak seperti China, yang mana salah seorang penduduk Philipina yang telahmemohon kerakyatan disana kerana telah menetap hampir 20 tahun tetapi di bahtah hebat oleh rakyat disana di hadapan Mahkamah.

Jadi janganlah anda terkejut suatu hari nanti perdana menteri kita adalah Bangla, atau pun Indon dan sebagainya.Dan anda juga janganlah terkejut sekiranya mereka menuntu hak sama rata seperti kita, memohan tanah dan sebagainyaJadi apakah yang harus kita lakukan sebenarnya,? mahukan negara kita ini pemimpinya dipilih oleh orang asingdan bukanya kita sendiri.?

Ayuhlah kita sama-sama membuka minda dan melakukan sesuatu agar negara ini selamat daripada anasir luar,ini negara kita dan kita mempunyai hak dalam membuat keputusan.

Monday, 9 April 2012

Pusat Asuhan Di Tempat Kerja




Baru-baru ini isu mengenai ammah Indonesia yang akan diberhentikan penghantarannya
oleh pihak kerajaan Indonesia telah menyebabkan ibubapa menjadi serba bermasalah,
terutamanya dalam hal penjagaan anak.

Ada pihak yang menjacadangkan tempat asuhan diwujudkan di tempat kerja masing-masing.
Jadi apakah yang menjadi masalah sebenarnya yang menyebabakan Persatuan Majikan-Majikan
Malaysia (MEF) menolak untuk berbuat demikian.?

Antara alasan yang diberi untuk menolak usaha ini adalah kerana, mereka melihat
walaupun usaha ini bertujuan untuk membawa kebaikan tetapi ia kurang tepat.
Ini kerana kalau dilihat kepada demografi pekerja di mana-mana tempat kerja,
pada awal penubuhan syarikat mungkin ramai pekerja yang masih muda dan mempunyai
ramai anak yang masih kecil serta memerlukan penjagaan. Tetapi apabila syarikat semakin
berkembang, pekerja ini semakin meningkat umur, anak-anak mereka turut meningkat usia
dan tak perlu dihantar ke pusat asuahan lagi. Oleh itu apa akan terjadi kepada pusat
asuhan berkenaan.?

Selain itu juga, kawasan tempat kerja adalah tidak sesuai untuk perkembangan anak
selain kemungkinana akan menjejaskan disiplin dan kualiti kerja pekerja yang menghantar
anak-anak ke pusat asuhan di tempat kerja. Malah kemungkinan juga menyebabkan ramai pekerja
menggunakan banyak masa untuk melihat anak mereka yang ditinggalkan.

Sebenarnya cadangan ini sudah pun dilaksanakan pada akhir 80-an hingga akhir awal 90-an, dan
diangarkan lebuh kurang 80 buah syarikat telah pun menyediakan pusat asuhan kanak-kanak
ditempat kerja. Tetapi data yang dikeluarkan jumlah itu berkurangan dan hanyan 30 syarikat
sahaja yang masih aktif laksanakannya.

Kebanyakan daripada 30 buah syarikat yang masih aktif itu adalah syarikat yang mempunyai
hubungan dengan kerajaan (GLC), dan jumlah penglibatan syarikat-syarikat swasta kecil adalah
kerana ia tidak bertepatan malah tidak boleh dilakukan.

Tambahan pula kos untuk mengadakan pusat asuhan tidaklah semurah yang disangkakan,
malah amat tinggi sekali.Kalau kita lihat syariat GLC yang telah diberikan insentif RM50,000
pun tidak ramai yang ingin melaksanakannya, apatah lagi syarikat swasta yang tidak mendapat
insentif langsung daripada mana-mana pihak.Walaupun syarikat swasta diberikan kemudahan
penolakkan cukai berganda namum ia masih merugikan sebanarnya.

Mansukan PTPTN



Isu mengenai PTPTN semakin hari semakin hangat dibincangnkan, ada yang setuju untuk dimasukan
dan ada juga sesetengah pihak yang masih berkeras untuk teruskan skim pinjaman ini.

Kita sebagai peminjam dan juga orang yang bertangungjawab keatas anak-anak yang meminjam pernah
atau tidak terfikir yang pinjaman ini sebanarnya memberi banyak masalah berbanding dengan kelebihan
di hari esok nanti. Terutama bagi mahasiswa yang akan tamat belajar di mana-mana IPT atau IPTA

Mari kita cuba rungkai, adakah pemansuhan ini perlu.? dan kenapa kita kena menyokong usaha ini.?
sebenarnya kita sebagai rakyat malaysia mempunyai hak untuk mendapat pendidikan secara percuma,
rawatan dan sebagainya, mugkin ramai yang masih tidak tahu hasil pendapatan negara secara tahunan
yang memcecah beratus-ratus bilion ringgit malah lebih daripada itu.

Jika duit itu boleh dibelanja secara boros, rasuah, dan banyak lagi, jadi apa salahnya jika duit itu
dibelanjakan untuk kepentingan rakyat sendiri. Untuk maklumat sekalian,nagara-negara di eropah
kebanyakannya memberikan pendidikan percuma sahaja. Di German mereka mampu melakukannya,
dan tak usah jauh-jauh sangat, Turki pun mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka.

Sebenarnya sudah banyak pihak yang telah membuat kira-kira untuk menampung kos pendidikan ini,
hasil menunjukan yang kerajaan mampu untuk memberi secara percuma daripada peringkat bawah hinggalah
ke peringkat tinggi.

Cuba bayangkan apa akan terjadi jika peminjam tidak dapat membayar duit itu..!! maka ancaman yang
dikenakan ialah menyenarai hitamkan si peminjam untuk keluar negara. Jadi macam mana dengan rancangan
si dia untuk ke mengejarkan umrah ataupun Haji suatu hari nanti. Takkanlah hanya bertawaf di hadapan masjid
sahaja, itu hanyalah kursus. Jadi terang-terang PTPTN ini dan tindakan
yang dikenakan adalah seperti menghukum aset negara sendiri.

Sebagai orang yang memerintah, mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara. Bedasarkan kekuatan ekonomi yang sedia ada dengan keuntungan petronas, pelaburan,
pendapatan cukai tahunan, hasil balak dan banyak lagi, jadi tiada alasan untuk dilaksanakannya.

Jika kerajaan mampu untuk menghapuskan kira pinjaman korporat yang berjuta-juta ringgit
mengapa tidak meghapuskan pinjaman PTPTN. Kita pelajar, tidak berkerja pun lagi, malah ada yang ,masih
terkapai-kapai mencari kerja, maka adalah patut untuk meringankan beban yang dikendung berbanding
dengan ahli korprat yang sudah pun mempunyai berjuta-juta ringgit didalam akaun simpanan mereka.
Kasihanilah aset negara untuk masa depan Malayasia. Rakyat didahulukan.